Container Icon

tika kau rasa kau kecundang...renungkanlah ERTI KEHIDUPAN!

Assalamualaikum anak muda..
kenapa terlalu banyak bertanya?
tidakkah anak muda yakin kepada Allah..??
Allah tidak pernah silap dalam pentadbirannya..
Semua yang berlaku, atas kehendakNYA.
ketentuanNYA..

kuasaNYA tidak akan berkurang sekalipun kau tidak menyembahNYA..
Biar aku beritahu kamu erti kehidupan..

Allah x pernah berjanji bahawa KEHIDUPAN ini akan sentiasa mudah.
kerana asas KEHIDUPAN itu adalah ujian serta cabaran.

Allah hanya berjanji,
DIA akan bersamamu di sepanjang KEHIDUPAN ini..


kerana apa Allah menciptakan KEHIDUPAN?
Tiada sebab lain..
melainkan untuk melihat,
apa yang telah kamu usahakan dalam KEHIDUPAN kamu..

Itulah sebabnya mengapa,
x masuk Islam pun masih boleh berjaya..
kerana mereka telah BERUSAHA dalam KEHIDUPAN mereka..

kenapa orang Islam masih ada yang buat perkara jahat?
kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mengenali TUHAN mereka.
kerana mereka tidak pernah BERUSAHA mendalami agama yang mereka anuti.

Anak muda juga ada bertanya, adilkah Tuhan..??
menciptakan sebahagian manusia ISLAm manakala sebahagian manusia lagi tidak..

Fikirlah wahai anak muda..
semuanya boleh berubah jika mereka BERUSAHA.
Yang lahirnya bukan Islam,
boleh mendapatkan Islam..
jika mereka BERUSAHA untuk mendapatkannya..

Juga sebaliknya, yang lahirnya Islam..
akan hilang keislamannya..
jika mereka tidak BERUSAHA mempertahankannya..

ingat pesanan dariku..
USAHAKAN yang terbaik untuk KEHIDUPANMU..!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment