Acapkali diri ini terjatuh..
Impian, harapan.. Ranap, hancur..
Mengajar hati ini untuk terus redha..
Meyakinkan diri bahawa ada hikmah di balik setiap kejadian..
Kadangkala diri ini tewas..
Lemah, rasa tak berdaya..
Hati berbisik.. Naluri berkata..
"Yakinlah.. Masamu kan tiba..
ALLAH datangkan ujian..
Kerana DIA sayangkanmu..
DIA datangkan ujian kerana DIA yakin kau mampu!"
Akal meyakinkan..
"Kau pinta padanya untuk dititipkan kesabaran..
Bagaimana kesabaran bisa kau gapai, andai ujian tidak DIA datangkan..?
DIA mahu kau terus mendidik kesabaranmu..!"
Akal terus berhujah..
"Kau pinta padaNYA..
Agar kau dapat rasa manisnya kejayaan..
Tapi andai kepahitan dalam kegagalan tidak kau rasakan..
Bagaimana bisa kau sedar manisnya kejayaan..?"
Tabahlah hati.. Tabahlah!
Tabahlah diri.. Tabahlah!
Yakin! DIA takkan pernah tinggalkanmu..!
~ ~ ~ ~
11:59 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
beb, u can do it~~
-temanPengganti-
Thanks beb! bhahahaha..perlu ka '-temanPengganti-' ya..?
Post a Comment