Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Atas unsur paksaan, kita melihat dunia..
Paksaan untuk kita keluar dari rahim ibu..
Atas unsur paksaan, kita mampu melangkah..
Paksaan untuk kita belajar berjalan ketika kecil..
Kerapkali terjatuh, dipaksa bangkit semula..
Menangis, terduduk.. Dibangunkan semula..
Atas unsur paksaan, kita pandai belajar..
Paksaan untuk kita menghafal 26 huruf rumi, 29 huruf hijaiyyah, 10 nombor..
Hingga mampu kita untuk memnaca, menulis, mengira..
Mengaut sebanyak mana ilmu, semampu akal..
Atas unsur paksaan, hidup kita terus dan terus berjalan..
Banyak benda yang tak mahu dan tak sanggup kita lalui..
Tapi keterpaksaan tetap membawa kita melaluinya..
Kehidupan dan keterpaksaan, ia berjalan seiring..
Kehidupan & Keterpaksaan
Bendera Sarawak Untuk Diwarnakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai takorang! Heee~~
Ok, tajuk yang sangat jelas dan nyata di atas..
"Bendera Sarawak Untuk Diwarnakan"
Aku mok share la tok bendera Sarawak untuk diwarnakan.. Sebab seriously, I found it hard untuk carik salinan yang khas untuk diwarnakan..
Apa kes pulak aku terlibat ngan benda2 macam tok pulak kan..? Erk..?
Kisahnya macam tok, setiap tahun mmg aku antara orang yang terlibat dalam kerja taip-menaip @ menyiapkan kertas kerja untuk Teransisi Tahun 1 yang mana mak aku merupakan seorang guru penyelarasnya..
Dah la.. Malas mok cakap gik.. Hahaha.. Here!
![]() |
| Ok, kalau yang tok aku dah siapkan,.. Cuma perlu print & photostat. PAsya edar ngan budak2.. |
![]() |
| Yang tok pulak bendera nya jak.. |
Bha.. Thats all for now..
Sorry for the bad quality.. Tok asal ada jak sebenarnya..
Harap dapat bagik manfaat..
Maa'ssalamah~!
(^,^)
~ ~ ~ ~
Acapkali diri ini terjatuh..
Impian, harapan.. Ranap, hancur..
Mengajar hati ini untuk terus redha..
Meyakinkan diri bahawa ada hikmah di balik setiap kejadian..
Kadangkala diri ini tewas..
Lemah, rasa tak berdaya..
Hati berbisik.. Naluri berkata..
"Yakinlah.. Masamu kan tiba..
ALLAH datangkan ujian..
Kerana DIA sayangkanmu..
DIA datangkan ujian kerana DIA yakin kau mampu!"
Akal meyakinkan..
"Kau pinta padanya untuk dititipkan kesabaran..
Bagaimana kesabaran bisa kau gapai, andai ujian tidak DIA datangkan..?
DIA mahu kau terus mendidik kesabaranmu..!"
Akal terus berhujah..
"Kau pinta padaNYA..
Agar kau dapat rasa manisnya kejayaan..
Tapi andai kepahitan dalam kegagalan tidak kau rasakan..
Bagaimana bisa kau sedar manisnya kejayaan..?"
Tabahlah hati.. Tabahlah!
Tabahlah diri.. Tabahlah!
Yakin! DIA takkan pernah tinggalkanmu..!








