Acapkali diri ini terjatuh..
Impian, harapan.. Ranap, hancur..
Mengajar hati ini untuk terus redha..
Meyakinkan diri bahawa ada hikmah di balik setiap kejadian..
Kadangkala diri ini tewas..
Lemah, rasa tak berdaya..
Hati berbisik.. Naluri berkata..
"Yakinlah.. Masamu kan tiba..
ALLAH datangkan ujian..
Kerana DIA sayangkanmu..
DIA datangkan ujian kerana DIA yakin kau mampu!"
Akal meyakinkan..
"Kau pinta padanya untuk dititipkan kesabaran..
Bagaimana kesabaran bisa kau gapai, andai ujian tidak DIA datangkan..?
DIA mahu kau terus mendidik kesabaranmu..!"
Akal terus berhujah..
"Kau pinta padaNYA..
Agar kau dapat rasa manisnya kejayaan..
Tapi andai kepahitan dalam kegagalan tidak kau rasakan..
Bagaimana bisa kau sedar manisnya kejayaan..?"
Tabahlah hati.. Tabahlah!
Tabahlah diri.. Tabahlah!
Yakin! DIA takkan pernah tinggalkanmu..!
~ ~ ~ ~
My childhood..
Warkah Ku Di Ulangtahun Ku..
Nah.. Lamak dah x update blog.. Hahaha.. Tok da benda mok padah ngan takurang, sempena 23 Ogos..22 tahun keberadaan aku atas muka bumi tok..
Betapa aku(Norshahzimah Binti Dawa) bersyukur, hidup dikelilingi insan-insan yang penyayang.. Anugerah yang x terhingga buat aku..
~> Mak dan Bapak yang sentiasa ada di sisi aku.. Memahami aku lebih dari diri aku sendiri.. Sentiasa ada di sisi aku.. Sentiasa berdoa buat aku.. Berusaha membetulkan bilamana aku melakukan kesalahan.. Sentiasa menyokong dengan padu, tiap apa yang aku lakukan.. Sentiasa cuba untuk menjadikan kehidupan ku sebuah kehidupan yang sempurna.. Sungguh aku berterima kasih.. Terima kasih yang teramat yang tersangat.. Aku sayang kitak!
~> Adik - adik aku yang kadang2 annoying, membuli kakak nya tok.. Hahaha.. Yang jugak kadang - kadang aku buli.. Macam nie pun kita bercakaran, bego jak di rumah.. Kakak sentiasa rindu masa-masa bilamana kita lepak sesama and all stuff.. Aku ada adik-adik yang annoying, suka sakat menyakat, gila-gila dan yang sama waktu dengan nya.. Tapi daknya lah antara orang yang sanggup menangis bersama aku.. Benar2 peduli apa jadi pada aku.. Terima kasih.. Kakak sayang takurang!
~>Family2 aku, dak bapak2 ngan mamak2 tuak.. Sentiasa mengajar aku supaya aku jadi anak dara yang bagus gik.. Hwa3.. Terima kasih..
~> Kawan - kawan rapat aku.. Makseh sebab takorang sanggup menjadi pendengar bagi segala apa yang aku mok luahkan.. Takorang pujuk aku saat aku jatuh dan menangis.. Takorang bantu aku saat aku perlukan seorang teman.. Terima kasih.. Aku sayang takurang!
~> Para pendidik aku yang x pernah jemu memberi tunjuk ajar.. Sungguh aku tok kadang-kadang lambattt mena.. Sabar juak kitakurang melayan aku.. Terima kasih..
~> Rakan - rakan aku yang hadirnya takorang mewarnai hidup aku.. Menambah segala perasa dengan ragam dan tingkah takorang yang pelbagai.. Terima kasih..
Terima kasih yang x terhingga buat takorang semua yang pernah singgah lam hidup aku.. Sik kira la sapa takurang..
Aku mok mintak maaf ngan takurang, mun ada salah silap ku ngan takurang sepanjang 22 tahun dah ku idup atas muka bumi tok.. Yang aku terkasar bahasa ka, terlanjur guro ka.. Ada hutang aku ngan takurang, mun x mampu dihalalkan.. Sila tuntut dari aku.. Maaf gilak2.. Harap takorang maok maafkan aku..
Dahla.. Aku x tauk gik dah apa mok padah.. Ya jak la tek.. Kelak2 mun rajin da ku datang mengupdate entri di blog lagik keyg.. Till then, take care takurang..!!
Wassalam.. ^^







